Anda nak lari untuk seketika dari keadaan cuaca yg sentiasa panas membahang, atau dari keadaan udara yg berjerebu dan tercemar? Fulus pula masih tak mengizinkan untuk anda sekeluarga menikmati percutian yg nyaman di luar dari Malaysia?
Jangan down!!! Kami cuba berikan kepada anda idea lokasi yg terbaik, yg boleh memenuhi kemahuan anda, tanpa anda perlu pergi jauh, dan tanpa anda perlu mengeluarkan perbelanjaan percutian yg terlajak besar...
7 Pot Percutian DALAM Malaysia Yang Menjanjikan Cuaca Yang Sejuk dan Nyaman, Serta Udara Yang Segar...
1. Genting Highland
2. Fraser Hill
3. Cameron Highland
4. Penang Hill
5. Janda Baik, Pahang
6. Kundasang, Sabah
7. Bukit Tinggi
1. Genting Highland
Genting Highlands adalah sebuah lagi tempat percutian sejuk yang mudah untuk dikunjungi. Sejak Resorts World Genting diubah suai, Genting memang dah lain. Sebab dah ada penambahan tarikan baru dan aktiviti-aktiviti baru! 🎢
Fraser's Hill adalah sebuah lagi tempat indah yang terletak di pergunungan Pahang. Dengan koleksi bangunan gaya Tudor, ia masih kekal dengan tarikan zaman kolonial yang kelihatan seperti kampung Inggeris lama.
Peminat alam semula jadi pasti seronok menerokai Fraser’s Hill, destinasi yang menawarkan pelbagai keseronokan daripada melihat burung kepada merentas hutan (laluan mesra keluarga di mana anda boleh melihat pemandangan indah di penghujungnya!) dan menunggang kuda.
Cameron Highlands memang sangat terkenal di kalangan rakyat Malaysia! Dengan udara segar, tanaman teh, taman bunga dan ladang strawberi, inilah percutian hujung minggu yang popular sejak berabad lamanya. Antara aktiviti yang kami suka buat di sini termasuk makan stimbot (sup panas pada waktu malam memang menyegarkan) dan petik strawberi.
Kalau anda nak tahu,
Cameron Highlands juga tempat terletaknya
Mossy Forest indah dan misteri macam dalam filem. Terletak di Gunung Brinchang, ia berada di tempat kelima dalam senarai Lonely Planet bagi Hutan Paling Indah Untuk Bergambar Di Dunia.
Terletak cuma 45 minit dari KL dan jauh dari kesibukan bandar,
Janda Baik adalah tempat percutian yang dikelilingi alam semula jadi. Bermalamlah sambil dikelilingi pokok-pokok dan kebun buah-buahan di sini!
Terletak pada 821 meter di atas ibu kota Pulau Pinang,
Penang Hill merupakan tempat kolonial atas bukit pertama yang dibina di Semenanjung Malaysia! Juga dikenali sebagai Bukit Bendera, anda boleh menaiki funikular lama gaya Swiss (yang dibina pada tahun 1923 dan dikenali sebagai salah satu sistem funikular paling tua di dunia!) untuk naik ke atas.
Suhu di puncak Penang Hill selalunya adalah 5-10 darjah lebih sejuk daripada di Georgetown, cuaca sejuk dan udara dingin tanpa pencemaran. Anda juga boleh melihat gunung-ganang ⛰️ Langkawi dan Kedah semasa cuaca cerah dan pemandangan indah
Georgetown yang bercahaya pada waktu malam.
Jangan lupa singgah ke
The Habitat Penang Hill untuk belajar sambil menikmati pemandangan panorama Pulau Pinang dari Laluan Kanopi 230 meter yang popular. Kami juga menawarkan
pakej eksklusif Klook bersama luncur gantung untuk peminat cabaran.
Dikenali sebagai New Zealand atau Scotland Borneo, Kundasang di Sabah menjanjikan pemandangan menakjubkan yang pasti akan memukau anda. Nikmati udara segar gunung dan terokai seluruh kota kecil ini daripada teh yang enak di Taman Teh Sabah kepada gelato segar di Taman Tenusu Desa dan berendam di dalam mata air panas. Suhu di sini boleh turun serendah 13 darjah pada waktu malam!
Terletak pada 2,700 kaki di aras laut di tengah-tengah hutan hujan semula jadi, Colmar Tropicale adalah sebuah resort yang bertemakan Perancis dan berdasarkan kota Colmar abad ke-18 di Perancis! Bersiar-siar di atas jalan batu buntar di mana terdapat kafe Perancis, galeri seni dan kedai butik menawan untuk merasai suasana Perancis tanpa perlu menaiki penerbangan selama 13 jam. Jangan lupa singgah di Japanese Village yang tenang dan terletak berhampiran di situ, serta nikmati pastri segar dari kedai roti Perancis.
Diharap anda akan dapat membuat pilihan yang terbaik demi untuk mendapatkan kepuasan yg berbaloi...
0 Comments